Saturday, July 2, 2022

Ketika dan Taklimat

 Sepanjang mengikuti kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam bahasa , sejujurnya pada awal minggu 1 saya masih keliru dan banyak bermonolog " kenapa la kene buat ini" , " apa kaitannya kerja ni dengan kos aku ni" dan macam macam lagi. Namun setelah mendalami proses pembelajarannya , barulah saya faham dan sedar bahawa kursus ini banyak mengajar saya apa itu erti kerjasama, komunikasi, persahabatan, kasih sayang dan jaringan peluang pekerjaan. Dalam diam, subjek ini banyak memberi aura positif sebalik input tugasan yang diberikan. Selepas mengharungi 14 minggu dalam kursus ini, timbul satu perasaan untuk mengambil degree dalam bidang edit ni sebab minat pulak. 

Seterusnya, buat Prof. Dr. Normaliza terima kasih untuk segala ilmu yang diberikan. Tanpa beliau, saya tidak mungkin saya akan buka mata yang degree sangat memerlukan kretiviti dan bukan hanya pandai semata-mata. Prof. Dr. Normaliza memang tegas tapi ada lembutnya. Beliau tak suka kalau oran tak buat kerja sahaja . Ayat yang paling suka " kita kene redho dengan setiap tugasan, ujian yang diberikan sebab ada hikhmah disebaliknya" Sekarang saya faham dengan ayat yang diungkapkan oleh beliau. Semoga berjumpa di lain hari Prof. Dr. Normaliza. Jasa mu dikenang selalu ...

No comments:

Post a Comment

Kehadiran Minggu 14

  Kuliah 29/6/2022  Amali: 1/7/2022