ABOUT ME


 Hello, nama saya Norafazreen Binti Kamarul Zaman. Nama panggilan boleh la panggil Erin atau Fazreen yang penting bukan Nora sebab kurang minat. Dilahirkan pada 4 Julai 2000 di Hospital Seremban . Boleh tahu lah kot saya orang mana ? Yaa orang Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Kalau bahasa mudahnya " Kolo Pilah" . Saya merupakan pelajar Bachelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia , UPM nyahh. Tak sangka dapat sambung belajar dekat Universiti yang gah jugak di mata orang lain dan yang paling tak sangka ambik kursus Bahasa Melayu ? sebab masa isi UPU , mintak ekonomi dan sejarah sebab memang minat. Tapi mungkin bukan rezeki kan ? bersyukur lebih penting dari mempertikaikan . 

Kalau dari segi latar belakang keluarga, ada 5 orang. Adik beradik ada 3 orang je dan saya anak nombor 2 dan saya sorang je yang nak dikatakan berdikari hahah angkat bakul sendiri pulak. Kalau hobi pula, saya suka berniaga dan kerja cari duit. Walaupun sekarang tengah belajar, gagahkan juga kerja waktu lapang dan jalankan perniagaan sendiri. Hobi ni bergantung la , yang penting saya suka cari duit dan belajar benda baru. 

Sekian saja lah cerita saya, kalau nak tahu lebih , kita lepak mamak <3   

No comments:

Post a Comment

Kehadiran Minggu 14

  Kuliah 29/6/2022  Amali: 1/7/2022