Amali: 1/7/2022
Sepanjang mengikuti kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam bahasa , sejujurnya pada awal minggu 1 saya masih keliru dan banyak bermonolog " kenapa la kene buat ini" , " apa kaitannya kerja ni dengan kos aku ni" dan macam macam lagi. Namun setelah mendalami proses pembelajarannya , barulah saya faham dan sedar bahawa kursus ini banyak mengajar saya apa itu erti kerjasama, komunikasi, persahabatan, kasih sayang dan jaringan peluang pekerjaan. Dalam diam, subjek ini banyak memberi aura positif sebalik input tugasan yang diberikan. Selepas mengharungi 14 minggu dalam kursus ini, timbul satu perasaan untuk mengambil degree dalam bidang edit ni sebab minat pulak.
Seterusnya, buat Prof. Dr. Normaliza terima kasih untuk segala ilmu yang diberikan. Tanpa beliau, saya tidak mungkin saya akan buka mata yang degree sangat memerlukan kretiviti dan bukan hanya pandai semata-mata. Prof. Dr. Normaliza memang tegas tapi ada lembutnya. Beliau tak suka kalau oran tak buat kerja sahaja . Ayat yang paling suka " kita kene redho dengan setiap tugasan, ujian yang diberikan sebab ada hikhmah disebaliknya" Sekarang saya faham dengan ayat yang diungkapkan oleh beliau. Semoga berjumpa di lain hari Prof. Dr. Normaliza. Jasa mu dikenang selalu ...
Ulasan buku berkumpulan merupakan tugasan yang memerlukan semua ahli kumpulan sama ada kumpulan yang mempunyai ahli 10 atau 11 orang membentangkan ringkasan berkaitan buku Multimedia dalam Bahasa oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Kami diberikan masa hanya 30 minit bagi membentang ketujuh-tujuh iaitu Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu, Konflik Nilai melalui Teknologi Animasi, Interaksi Kumpulan Kecil Pelajar terhadap Media Sosial, Wacana Ujaran dalam Penggunaan Media Sosial, Asas Grafik dalam Multimedia, Asas Videografi dalam Bahasa dan Impak Multimedia dalam Bahasa. Berdasarkan tajuk tersebut saya mendapat bab ketiga iaitu interaksi kumpulan kecil pelajar terhadap media sosial. Apa yang saya belajar daripada tugasan ini ialah kita mestilah menghargai masa dan memastikan ahli lain mendapat peluang yang sama seperti kita. Jangan pentingkan diri sendiri kerana kita berkumpulan. Berikut merupkan pautan google drive bagi slide ulasan buku (kumpulan) bagi VA Production. Semoga bermanfaat.
https://drive.google.com/drive/u/0/my-drive
Podcast : Masyarakat low standard
Berikut merupakan video dokumentari yang telah diahsilkan oleh Va production dan dimuat naik di akaun youtube . Selamat Menonton !!!
Berikut merupakan video tragedi yang telah dimuat naik di akaun youtube dari Va Production . Video ni gempak sangat sebab diorang belakon macam real betul. ahhaha paling tak sangka farisya part dia bunuh diri tu, sebab farisya pendiam orang nya tapi tak sangka dia boleh melakonkan watak tu dengan baik. Diam diam ubi berisi yee. Ada bakat jugak masing masing
Berikut merupakan Video Seram yang telah dimuat naik di youtube by Va Production. Sepanjang menghasilkan video seram ini, saya pun takut untuk melihat serta edit video ni memandang kan saya ediotr dalam ni. Seram sebab terbayang benda tu macam real, huhh walaupun record siang tapi sampai sekarang takut nak lihat balik .